Sketsa jenaka dan tarian Ghazal parti

Dua elemen penting lain yang mewarnai ghazal parti ialah tarian dan lawak jenaka. Pelawak terkenal ketika itu ialah Hassan putu mayong, Din tok arab, Husin kacong dan ramai lagi. Kemunculan mereka sebagai mengisi ruang pemain dan penyanyi berehat. Penari-penari ghazal parti pula disebut masri, yang terdiri dari lelaki berpakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir.

Ketika ghazal parti berada di zaman kemuncaknya, persembahan ini menjadi acara wajib bagi acara keramaian dan juga di majlis-majlis perkahwinan. Ghazal parti juga diipersembahkan semasa pesta keramaian seperti sambutan hari kemerdekaan, pesta kebudayaan , majlis perasmian dan sebagainya.